Sejak gagal tawan Putrajaya, krisis kepercayaan rakyat terhadap Umno tak pernah pulih – Noraini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Krisis kepercayaan rakyat terhadap Umno tidak pernah pulih sejak Umno-Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan tampuk kepimpinan di Putrajaya.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, defisit kepercayaan ini bukanlah suatu perkara baharu.

“Kita telah hadapi sejak PRU14 lagi. Ketika mana, buat pertama kali dalam sejarah, Umno dan BN gagal mempertahankan tampuk kepimpinan di Putrajaya.

“Sepanjang tempoh ini, krisis kepercayaan rakyat terhadap parti ini tidak pernah pulih.

“Dalam PRU13, kita memperolehi 122 Nkerusi. Angka ini menurun kepada 79 kerusi di dalam PRU14 dan menurun lagi di dalam PRU-15. Kini, kita cuma memiliki 30 kerusi sahaja,” katanya ketika berucap di Persidangan Wanita Umno, pada Khamis.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menegaskan, tujuan utama perhimpunan Wanita Umno kali ini untuk merungkai kerancuan politik yang sedang dihadapi Umno dan mencari solusi.

“Dalam perhimpunan yang lalu, kita telah berbahas panjang mengenai kerancuan atau ketidaktentuan politik pasca PRU- 15. Kita sedar, senario politik telah berubah dan bagaimana kita harus meladeni politik baharu ini.

“Namun, hakikatnya, sehingga kini kerancuan itu masih ada. Kerancuan yang membawa kepada perbalahan politik secara terbuka. Kerancuan yang mencemarkan wajah demokrasi kita. Kerancuan yang menyebabkan pelabur lari meninggalkan negara.

“Dan yang paling ditakuti adalah, kerancuan ini telah menyebabkan Umno bukan sahaja kehilangan kepercayaan daripada rakyat, tetapi juga sebahagian ahli parti sendiri,” tegas Noraini.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu menyatakan, perhimpunan hari ini perlu dijadikan sebagai titik mula, dalam usaha kita menoktahkan krisis keyakinan rakyat ini.

“Kita perlu buat satu pembaharuan di persada politik negara, untuk mencipta sebuah kisah klasik untuk masa depan.

“Kisah sebuah parti yang kembali bangkit membina semula kekuatan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat