Dana iTEKAD kini RM10 juta perkasa usahawan mikro berpendapatan rendah -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dana tambahan sebanyak RM6 juta diperuntukkan kepada program iTEKaD tahun ini sebagai usaha untuk terus memperkasa usahawan mikro berpendapatan rendah.

Tambahan itu merupakan penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, geran itu merupakan penambahan daripada RM4 juta yang diperuntukkan sebelum ini.

Anwar berkata, iTEKaD boleh dikembangkan selepas mencatatkan kos pengurusan yang lebih rendah selain tidak membebankan kewangan kerajaan.

“Diharap (penglibatan peserta) meningkat 4,000 berdasarkan peruntukan RM4 juta Kementerian Kewangan.

“Kalau sudah berjaya dengan RM4 juta, tidak perlu saya tambah lagi. Saya pasti dengan keputusan kejayaan, dengan andaian 20 bank, andaian ada lagi dana tambahan daripada Bank Negara, maka saya boleh tambah daripada RM4 juta jadi RM10 juta pada tahun ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Jalinan Kerjasama iTEKaD.

Pada masa sama, Anwar menggesa sembilan institusi kewangan terlibat sama dengan program iTEKaD.

Beliau berkata, ini kerana kerjasama 11 institusi perbankan dalam membantu peserta pada masa ini menunjukkan keputusan yang amat membanggakan.

“Saya harap dalam beberapa bulan ini jadi 20, kalau tidak saya minta senarai belum masuk.

“Jadi mana-mana bank yang belum menyertai dalam masa singkat akan menyertai pelaksanaan iTEKaD dan menjadikan ini sebagai satu tunggak kejayaan bank-bank di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut meminta BNM menyediakan laporan iTEKaD secara berkala memandangkan beliau menyifatkan ia sebagai contoh yang membanggakan dan boleh dijadikan sebagai rujukan kepada agensi kerajaan yang lain.

“Semasa saya berada di hospital saya telah meneliti beberapa perihal termasuk iTEKaD dan saya merasakan ia lebih cekap, telus dan lebih menunjukkan kesan.

“Mungkin kalau ini (iTEKaD) berhasil kita boleh mengambil contoh ini untuk ditunjukkan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk bumiputera bagaimana mengurus dengan kos minimal dengan lebih berkesan dengan keputusan yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod, skim iTEKAD adalah satu program kewangan sosial yang tujuannya untuk menyokong dan memudahkan pembiayaan bagi usahawan mikro B40 dan asnaf yang sudah hilang pendapatan kesan daripada wabak Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat