UMNO arah PM bubar Parlimen segera, palsu – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal dipecat sekiranya ingkar membubarkan Parlimen adalah palsu.

Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Kata Ahmad sebaran infografik palsu itu dianggap cubaan melaga-lagakan perpaduan dalam UMNO.

Dalam satu edaran yang diterbitkan Libas.com bertajuk “Cawangan UMNO diarah desak PM bubar Parlimen segera!”

Antara perkara yang tercatat Zahid Hamidi arah Ketua Bahagian UMNO minta cawangan-cawangan buat usul desak Ismail Sabri bubar Parlimen.

Juga didakwa, arahan Presiden UMNO itu dikeluarkan dalam pertemuan Ketua-ketua Bahagian di WTC.

“Usul cawangan tersebut kemudiannya akan diberikan kepada Ismail Sabri.

“Jika Ismail Sabri ingkar arahan, maka Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan pecat beliau,” dakwa kenyataan itu.

“Sebaran infografik ini saya tandakan palsu / fake.

“Sebab sememangnya palsu / fake. Entah siapalah yg sebar,” ujar Ahmad di Twitternya pada Isnin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat