Ketua Umno Bahagian Nafi Desak Campur Tangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Seorang Ketua Umno Bahagian di Perak menafikan laporan SuaraTv bahawa ada desakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masuk campur dalam kes perbicaraan Datuk Seri Mohd Najib Razak di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Menulis dalam kumpulan Whatsapp bahagiannya, Ketua Umno Bahagian terbabit menyatakan mereka hanya memohon memohon budi bicara Perdana Menteri agar memberi peluang Mohd Najib menangguhkan kesnya.

“KUB semua bersetuju tidak campur hal mahkamah tapi minta diberi peluang kepada Datuk Seri Najib Razak menangguhkan kes dan menerima keterangan bukti pembelaan serta mahkamah perlu bersikap adil tanpa tekanan dari mana-mana badan politik.”

SuaraTV sebelum ini melaporkan mesyuarat tergempar Ketua-ketua UMNO Bahagian bersama Presiden tengahari tadi dikatakan bertujuan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masuk campur dalam kes mahkamah.

Menurut sumber, perjumpaan tersebut bermula dengan desakan agar Ismail Sabri mengarahkan kehakiman menangguhkan kes Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selama tiga bulan.

Desakan kedua ialah mahukan Perdana Menteri menasihati Peguam Negara agar mendakwa Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat