Nota lama panduan Akim, Stacy perbaiki vokal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi Akim Ahmad, 31, mendedahkan berguru dengan isterinya, Stacy Anam, 32, membabitkan muzik dan vokal.

Akim berkata, ilmu dikongsi isteri dipanjangkan dalam buku nota lama yang disimpan sejak menyertai Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh pada 2009.

“Saya menyertai AF selepas setahun penyertaan Stacy. Secara kebetulan, kami berkongsi guru sama, iaitu Cikgu Syafi.

“Buku nota lama ini amat membantu, ia umpama mantera ilmu yang berguna buat saya dan Stacy.

“Sejak mendirikan rumah tangga, buku nota lama ini menjadi rujukan untuk kami memperbaiki mutu vokal dan teknik nyanyian yang betul,” katanya kepada BH Online.

Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad berkata, dia tidak dapat membayangkan sekiranya buku nota lama itu hilang.

“Terlalu banyak ilmu dalam buku nota lama ini, boleh jadi tak keruan jika hilang.

“Ada kala saya dan Stacy juga terlupa teknik atau cara lontaran suara. Jadi, buku nota lama ini menjadi rujukan kami berlatih,” katanya sidang media Konsert Nyawa – Akim & The Majistret dan Azlan & The Typewritter, baru-baru ini.

 

Akim bersama The Majistret pada sidang media Konsert Nyawa - Akim The Majistret & Azlan The Typewritter, baru-baru ini. - Foto IG Akim Ahmad
Akim bersama The Majistret pada sidang media Konsert Nyawa – Akim The Majistret & Azlan The Typewritter, baru-baru ini. – Foto IG Akim Ahmad

 

Berkongsi konsert menggabungkan Akim & The Majistret dan Azlan & The Typewriter, Akim berkata, dia teruja beraksi bersama band di depan khalayak.

Kata Akim, gabungan dua band ini dianggap unik kerana belum pernah dilakukan sebelum ini.

“Konsert ini menggabungkan dua vokal berbeza antara saya dan Azlan. Saya mengambil peluang ini untuk melakar sejarah peribadi bersama Azlan,” katanya.

Konsert Nyawa – Akim & The Majistret dan Azlan & The Typewritter bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 16 September ini dibawa oleh Khatulistiwa Productions.

Tiket dijual pada harga RM150, RM180, RM230 dan RM280 menerusi laman sesawang http://ticket2u.com.my/nyawa.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat