Mustahil Najib, Zahid tak terlibat projek LCS kata Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa, sesuatu yang mustahil sekiranya penyelewangan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) tidak melibatkan perdana menteri dan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ini kerana, Rafizi berkata penyelewangan dana LCS yang menggunakan syarikat-syarikat palsu milik isteri timbalan menteri pertahanan ketika itu bukanlah satu kebetulan.

“Sebab itu, saya dari awal telah menuntut penjelasan dari Zahid Hamidi sebagai menteri pertahanan yang bertanggungjawab menukar reka bentuk kapal dari Sigma kepada Gowind, dan Najib Razak yang merupakan menteri kewangan dan perdana menteri ketika itu.

“Mustahil skim penyelewengan ini yang melibatkan projek-projek yang dikendalikan oleh kedua-dua mereka (Najib dan Zahid) boleh berlaku tanpa pengetahuan mereka,” kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.

Selain itu, dalam kenyataan sama, Rafizi turut mendakwa syarikat yang dikaitkan dengan isteri bekas timbalan menteri pertahanan, Alizes Marine dilantik sebagai pembekal alat-alat gantian kepada projek LCS.

Menurut Rafizi, syarikat itu dilantik berdasarkan maklumat palsu kononnya Alizes Marine mempunyai lesen dari kerajaan Perancis untuk menjadi pengeksport global alat gantian pertahanan meskipun lesenberkenaan tidak dimiliki.

Rafizi mendakwa lagi, projek LCS membayar sekitar RM210 juta bagi alat-alat gantian yang kononnya dibekalkan oleh syarikat Perancis tetapi ia kemudian diselewengkan ke syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan di Malta dan Labuan.

“Siapa Zainab Mohd Salleh ini yang begitu berpengaruh dalam projek LCS?

“Zainab Mohd Salleh ialah isteri kedua kepada Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Laporan menyebut ‘It is noted that Abdul Latiff is the spouse of Zainab’ yang bermaksud siasatan mengambil maklum bahawa Abdul Latiff adalah suami kepada Zainab,” ujarnya.

Sehubungan itu, Rafizi berkata beliau berharap pendedahannya ini dapat menutup mulut Umno dan BN yang cuba menyalahkan pesara tentera laut ketika skandal ini meletus.

“Skandal sebesar ini tidak boleh berlaku tanpa ada dalang dari kalangan pimpinan Umno yang membuat keputusan-keputusan besar pada ketika itu.

“Sedangkan pesara-pesara tentera laut hanya bersubahat melaksana penyelewengan,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,497FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat