Apple lancar iPhone 14 seawal 7 September

- Advertisement -

Apple bakal memperkenalkan peranti pintar paling ikoniknya iaitu barisan iPhone 14 seawal 7 September depan.

Berdasarkan kepada takwim pelancaran iPhone setiap tahun, Apple sememangnya melancarkan peranti itu pada pertengahan September namun acara yang ditunggu-tunggu itu mungkin diawalkan kepada 7 September ini.

Apple dikatakan akan memperkenalkan empat variasi iPhone baharu keluaran mereka dan kali ini dikatakan tiada lagi iPhone Mini.

Syarikat gergasi teknologi itu juga dipercayai akan melancarkan beberapa peranti lain antaranya model kelas tinggi iPad dan tiga model Apple Watch.

Berdasarkan tradisi pelancaran, pengumuman iPhone baharu itu akan turut disertai dengan pelancaran beberapa peranti lain terutamanya Apple Watch.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat