Najib dan zahid jumpa PM di Seri Perdana

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Seri Perdana.

Turut bersama pada pertemuan tersebut Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.

Terdahulu, mesyuarat tergempar Ketua-ketua UMNO Bahagian bersama Presiden akan disambung semula jam 5.30 petang tadi.

Pengangguhan ini dibuat memandangkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu hadir ke prosiding perbicaraannya dan menanti kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dikatakan mesyuarat mahukan kehadiran Ismail Sabri dan Zahid bagi merungkai isu-isu yang berbangkit dalam UMNO.

Sumber PMO juga melaporkan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO tidak dapat hadir pada Mesyuarat tergempar bersama Ketua-Ketua Bahagian kerana jadual padat Perdana Menteri.

lagipun jemputan panggilan mesyuarat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tersebut pada 11.00 malam semalam, kata sumber tersebut. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat