Honor 70 kini rasmi dengan sensor termaju IMX800

- Advertisement -

Honor Malaysia melancarkan sebuah lagi peranti kelas perdana mereka yang baharu iaitu Honor 70 yang dikuasakan dengan sensor kamera ‘Penderiaan Super’ IMX800.

Peranti ini sekali gus menghasilkan imej gambar lebih dinamik serta berkualiti terutamanya ketika waktu malam.

Honor 70 meneruskan tradisi kod nombor peranti yang berteknologi dan estetik.

Kali ini, Hinor menampillan kamera utama Penderiaan Super IMX800 54MP, Honor 70 memperkenalkan penderia sensor kelas perdana daripada Sony IMX800 1/1.49 inci yang boleh menangkap lebih cahaya untuk menghasilkan gambar lebih cerah dan lebih jelas, terutamanya pada suasana malam dan cahaya latar yang malap.

Honor 70 menggunakan rekaan kamera cincin berkembar dengan kapasiti 54 megapiksel (MP) Sony IMX800, 50MP sudut ultra lebar dan 2MP sensor kedalaman.

Menyentuh aspek spesifikasinya, Honor 70 dikuasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 778G Plus terbina sokongan jaringan 5G.

 

 

Skrin pula berukuran 6.67 inci dengan panel paparan OLED melengkung di bahagian sisi persnti berkenaan.

Kapasiti bateri pula adalah 4,800mAh yang menyokong 66W pengecasan pantas iaitu 60 peratus bateri hanya mengambil masa 20 minit saja.

Sistem operasi pula adalah berasaskan kepada Android 12 daripada pemuka Magic UI 6.1.

Tanda harga untuk Honor 70 adalah RM1,999 dan menawarkan tiga warna pilihan.

Pra tempahan dibuka hari ini dan pengguna akan mendapat pelbagai barangan berjumlah RM597.

SPESIFIKASI HONOR 70

• Cip: Snapdragon 778G Plus 5G

• RAM: 8GB

• Storan: 256GB

• Kamera: 54MP+50MP+2MP

• Bateri: 4,800mAh

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat