PN Akan Perkukuh Kerjasama Politik, Komited Menyokong Dasar Kerajaan Baharu – Muhyiddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perikatan Nasional (PN) akan memperkukuhkan kerjasama politik dan komited untuk menyokong dasar dan perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Parti Perikatan Nasional yang didukung oleh 50 orang Ahli Dewan Rakyat bersama 3 Ahli Dewan Rakyat bebas akan terus bersama, bersatu padu dan komited untuk menyokong dasar dan perancangan Kerajaan Perikatan Nasional menjayakan pelan pemulihan negara, mengutamakan kebajikan rakyat dan menjamin kelangsungan negara.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional pagi tadi dengan kebenaran Majlis Keselamatan Negara.

Mesyuarat telah dihadiri oleh semua ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden parti-parti komponen iaitu Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, Dato’ Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Presiden STAR, Dato’ Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden SAPP dan Datuk Dominic Lau, Presiden GERAKAN.

Mesyuarat juga telah membincangkan secara mendalam senario politik semasa negara dan mendengar serta mengambil maklum semua pandangan dari parti-parti komponen bagi memperkukuhkan kerjasama politik dan membuat persiapan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Turut menghadiri mesyuarat adalah Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin, Dato Seri Mohamed Azmin Ali, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mohktar dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta wakil-wakil dari parti komponen. –SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat