Bukan Bumiputera Boleh Sertai Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu akan mewujudkan sayap baharu bagi membolehkan ahli bersekutu parti itu yang merupakan bukan bumiputera memegang jawatan dalam parti, kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk itu, beliau berkata satu jawatankuasa yang diketuai oleh Tan Sri Dr Rais Yatim telah ditubuhkan untuk melihat perkara itu dan mengemukakan cadangan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Muhyiddin yang juga perdana menteri berkata sekiranya cadangan itu diterima maka Bersatu akan mengadakan perhimpunan agung luar biasa bagi meminda perlembagaan parti.

“Sekiranya diterima kita akan adakan satu perhimpunan agung luar biasa untuk meminda perlembagaan Bersatu supaya perkara ini berjaya dilakukan,” katanya dalam ucapannya pada acara Kongres Negara di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia ( MITEC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata walaupun Bersatu ditubuhkan bagi membantu orang Melayu, sejak awal lagi parti itu mempunyai peruntukan untuk membenarkan bukan Melayu menyertai parti itu sebagai ahli bersekutu.

“Untuk mara ke depan kita perlu bersatu hati untuk Malaysia. Saya sedar dalam kalangan rakan-rakan kita di sini ada Melayu Islam dan ada yang bukan Islam dan bukan bumiputera.

“Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu baru-baru ini, saya telah membawakan usul untuk membolehkan ahli-ahli bersekutu bersama-sama menyumbang bukan setakat sebagai ahli bersekutu sahaja tetapi berperanan memberi idea dan terlibat dalam kepimpinan iaitu untuk membentuk satu sayap baharu dalam Bersatu,” katanya.

Muhyiddin berkata apa yang akan dilaksanakan itu akan membolehkan ahli bersekutu untuk turut sama memajukan parti.

Kongres Negara merupakan program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Komuniti Negara.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat