Jangkitan Covid-19 Di Indonesia Meningkat Kepada 151,498 Kes

JAKARTA – Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 151,498 kes, manakala 75,457 lagi pesakit masih dalam pemantauan.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 2,090 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam di republik itu.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 94 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 6,594 orang.

“Bagi tempoh 24 jam itu, provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kes positif baharu tertinggi iaitu 588 kes, dengan 17 lagi kematian,” mengikut laman sesawang tersebut.

Provinsi Jakarta kini mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 32,855 kes, diikuti Jawa Timur (30,036) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,153 orang, diikuti Jakarta (1,080), Jawa Tengah (834), Sulawesi Selatan (348) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Ezlynn ada dipanggil SPRM

Kuala Lumpur: Penyanyi Ezlynn, 39, mengesahkan dia ada dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sudah tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di...

Berita Berkaitan

Harga Minyak Dunia Turun Susulan Lonjakan Kes Jangkitan Covid-19 Di India

NEW YORK – Niaga hadapan minyak mentah berakhir rendah, turun dari paras tertinggi dalam satu bulan kerana kebimbangan terhadap India yang mungkin mengenakan sekatan...

PAS Sedia Jadi Orang Tengah Selesaikan Pertelingkahan UMNO, Bersatu

PASIR PUTEH - PAS bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara menjelang Pilihan Raya Umum...

Kapal Selam Indonesia Hilang Di Perairan Utara Bali

JAKARTA – Kapal selam milik Angkatan Laut Indonesia (TNI) yang membawa 53 anak kapal disahkan hilang di perairan sekitar 60 batu di utara Bali,...