Beberapa ADUN GPS Tidak Mahu Pertahan Kerusi Pada PRN Sarawak – Abang Johari

- Advertisement -

MUKAH – Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka meletakkan beberapa muka baharu pada pilihan raya negeri akan datang berikutan ada wakil rakyatnya menyatakan hasrat tidak mahu mempertahankan kerusi masing-masing, kata Pengerusinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berhasrat memberi laluan kepada pemimpin muda.

Seorang daripada mereka ialah ADUN Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz daripada parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Wahab Aziz berkata sudah tiba masa bagi beliau berundur dan memberi laluan kepada pemimpin baharu untuk bertanding di kerusi itu,” kata Abang Johari yang juga Presiden PBB kepada pemberita pada majlis pecah tanah projek jambatan Batang Paloh di Pulau Bruit, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau menasihati pemimpin muda GPS agar tidak terburu-buru mengejar jawatan dalam parti.

“Orang muda kadang-kadang mengikut emosi. Mereka ibarat bot laju. Jika dipandu terlalu laju, bot akan terlanggar batang balak dan terbalik,” katanya.

Beliau juga berkata pemimpin muda perlu dibimbing untuk tempoh yang lama sebelum dapat diberi amanah memimpin negeri kerana tidak mudah mentadbir Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

Mengenai projek jambatan sepanjang 1.7 kilometer bernilai RM298 juta yang menghubungkan Pulau Bruit dan Tanjung Manis itu, Abang Johari berkata jambatan tersebut bukan sahaja membantu meningkatkan ekonomi penduduk tetapi turut menyelesaikan masalah bekalan air di pulau berkenaan.

Ini kerana pembinaan jambatan itu membolehkan pemasangan paip air ke pulau berkenaan, katanya.

Projek itu bermula pada 8 Mei tahun lepas dan dijadualkan siap dalam tempoh 48 bulan.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat