Tindakan Khianat, Mereka Keluar Bersatu Selepas Kalah Pemilihan – Bersatu Kulai

- Advertisement -

KULAI – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kulai mengisytiharkan ‘perang’ terhadap ahli parti itu yang meletak jawatan dan keluar beramai-ramai termasuk di bahagian berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Tosrin Jarvanthi berkata, golongan berkenaan merupakan pengkhianat yang membelakangkan perjuangan parti.

Beliau yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kulai berkata, cawangan terlibat iaitu Taman Muhibbah di Saleng bagaimanapun tidak terbubar kerana hanya melibatkan jawatan kuasa.

“Sewaktu pemilihan bahagian, kumpulan yang digelar ‘blackout’ ini beria-ia bertanding merebut jawatan, namun apabila tewas mereka bertindak keluar parti beramai-ramai.

“Apa niat mereka sebenarnya? Ternyata dari awal mereka memang berniat untuk menjatuhkan Bersatu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Kulai di sini hari ini.

Tosrin memberitahu, masalah sedemikian turut berlaku di bahagian-bahagian lain seluruh negara dan perkara berkenaan perlu diperangi habis-habisan.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan membawa usul khas bagi meminda Perkara 11(2) dalam perlembagaan parti berhubung penubuhan cawangan di dalam sesuatu bahagian.

“Mengikut Perkara 11(2), cawangan hanya boleh ditubuh mengikut pusat daerah mengundi (PDM), namun kami membawa usul untuk meminda perkara ini agar membolehkan cawangan ditubuh mengikut lokaliti.

“Perkara ini perlu dipinda bagi membolehkan Bersatu mengukuhkan jentera di peringkat akar umbi melibatkan kawasan kampung, taman perumahan serta jalan-jalan utama,” ujarnya. – UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat