Mat Sabu jamin harga telur tak akan melonjak selepas subsidi tamat 1 Ogos depan

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan penamatan subsidi telur bermula 1 Ogos tidak akan melonjokkan harga telur seperti dibimbangi.

Tegas Mat Sabu. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa pantau harga dan bekalan supaya tiada pencatutan dan tiada yang ambil kesempatan.

“Bang Mat hari ini menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Mohmed Puzi mengenai penyasaran semula subsidi telur ayam. Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menyasarkan semula subsidi telur, bermula dengan pengurangan dari 10 sen kepada 5 sen sebiji, berkuat kuasa 1 Mei hingga 31 Julai 2025.

“Mulai 1 Ogos nanti, subsidi akan ditamatkan sepenuhnya. Langkah ini dijangka menjimatkan kerajaan sebanyak RM135 juta dalam tempoh 3 bulan. Duit ini boleh disalurkan semula untuk program lain yang lebih memberi manfaat terus kepada rakyat.

“Bulan Julai ini, kita jangka ada 1.75 bilion biji telur dikeluarkan, sedangkan penggunaan dalam negara hanya sekitar 1.06 bilion biji. Ini bermakna kita ada lebihan bekalan yang cukup, sebahagian besar akan dieksport.

“Pada bulan Mei 2025, inflasi tahunan untuk telur turun sebanyak -5.3 peratus. Industri juga menunjukkan trend positif, termasuk dari segi kos makanan ayam yang semakin berkurang.

“Bang Mat faham, bila dengar subsidi ditamatkan, rakyat risau harga naik. Tapi jangan bimbang, KPKM dan KPDN sentiasa pantau harga dan bekalan supaya tiada pencatutan dan tiada yang ambil kesempatan.

“Insya-Allah, langkah ini diambil demi kelangsungan industri, pengurusan fiskal yang lebih baik, dan memastikan rakyat terus menikmati bekalan telur pada harga berpatutan,” jelasnya di Dewan Rakyat pada Selasa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat