Jika kerana faktor usia Tun M tak kena tindakan isu Pulau Batu Puteh kenapa Tun Daim dah meninggal aset disita? – Fadhli

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan rasional jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan Kabinet memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh atas faktor usianya yang sudah lanjut.

Fadhli membandingkan fakta kes antara Dr Mahathir dan nasib berbeza terhadap Tun Daim Zainuddin berkait sitaan aset peninggalannya.

“Perdana Menteri perlu akui bahawa tiada bukti yang kukuh untuk mendakwa Tun M sebenarnya.

“Jika kerana faktor usia, SPRM boleh sahaja ambil tindakan ke atas Allahyarham Tun Daim sekalipun selepas kematiannya dengan membuat sitaan ke atas aset peninggalannya.

“Tun M tidak sama seperti sesetengah individu yang cuba lengahkan kes mahkamah, mohon imuniti dan sebagainya. Bahkan jika kerajaan bertindak dakwa Tun M, barangkali ‘orang tua’ itu tanpa sebarang takut akan melangkah ke kandang tertuduh pertahankan dirinya.

“Bukanlah saya mahu pertahankan Tun M sangat, tetapi rasa mual dengan alasan PM ini. Turun sahajalah, selesai satu masalah besar negara,” gesa Ketua Penerangan Pas itu.

Fadhli berkata demikian merujuk penegasan Anwar bahawa kerajaan memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh atas faktor usianya yang sudah lanjut.

Anwar berkata Kabinet juga mengambil kira status Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri.

Anwar berkata demikian ketika menjawab Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) ketika sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

“Kita ambil keputusan ini kerana melibatkan mantan PM yang umurnya 100 tahun.

“Apakah dia tak salah (dalam isu Pulau Batu Puteh)? Dia salah.

“(Tapi) apakah kita perlu ambil tindakan? Saya dalam mesyuarat Kabinet, saya setuju tak ambil tindakan.

“Kalau ambil tindakan, anda, Kota Bharu (Takiyuddin) yang akan jerit kata kita tak adil,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat