Pemimpin Umno, PAS bincang kerjasama PRU16 demi penyatuan undi Melayu – Fadhli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- PAS mendedahkan beberapa siri pertemuan bersama pemimpin Umno kerap berlaku ketika ini untuk membincangkan kerjasama bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pertemuan itu dibuat secara tidak formal membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti sekali gus dilihat mempunyai harapan dalam menyatukan kembali undi Melayu yang kini berpecah teruk.

Tanpa mendedahkan nama pemimpin Umno tersebut, Fadhli berkata, pemimpin utama Umno tersebut meluahkan rasa ‘serba salah’ apabila bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan yang didakwa merugikan parti Umno itu sendiri, lebih-lebih lagi pada PRU16.

“Ia perbincangan itu ada dan ia bukan satu gerakan, tetapi lebih kepada harapan. Ia membabitkan pemimpin utama. Dan dalam pertemuan itu, mereka mengharapkan agar kerjasama bersama dengan PAS dapat bersatu kembali, cuma mereka tidak berani ingin melawan apa yang diputuskan Presiden Umno.

“Malah, mereka juga berharap Presiden Umno berubah sikap kerana perubahan, visi misi yang cuba dibawa oleh Presiden Umno itu tidak sampai ke peringkat bawah, ini luahan mereka termasuk kepada saya sendiri,” memetik laporan Utusan.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiada jaminan Umno untuk bersama dengan mana-mana gabungan politik bagi berdepan PRU-16 nanti.

Ini kerana tegasnya, Umno hanya terikat dengan perjanjian untuk menguruskan negara bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang mantap selePAS PRU15

Malah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Jalaluddin Alias turut mengakui kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan hari ini baik di peringkat Persekutuan tetapi keadaan itu berbeza di peringkat negeri.

“Persefahaman ini tidak boleh dalam kalangan pemimpin sahaja, sebaliknya ia perlu dirasai dan dijiwai peringkat akar umbi,” ujarnya.

Kata Fadhli lagi, daripada luahan tersebut, beliau yakin ramai pemimpin Umno mulai sedar akan kerjasama yang dibina bersama dengan PH tidak diterima orang Melayu, akhirnya parti itu dikhuatiri tewas dalam PRU16 nanti.

“Sebab itu saya tidak kata mereka menyesal dengan kerjasama yang dibina bersama PH, tetapi lebih kepada serba salah. Rasa serba salah itu sebab Umno akan terpahat dalam sejarah sebagai orang yang mendukung PH untuk berada di puncak kuasa yang ada pada hari ini.

“Dalam keadaan ini, saya melihat Umno sudah mula sedar apabila Timbalan Presidennya sendiri kata tiada jaminan Umno mahu kerjasama dengan siapa. Namun seperti saya katakan tadi, akhirnya yang tentukan kata putus adalah Presiden Umno,” katanya.

Mengulas lanjut, Fadhli yang juga ahli Parlimen Pasir Mas turut berkata, PAS sebenarnya tiada masalah dengan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, malah sedia menghulurkan tangan jika beliau ingin bekerjasama dengan parti Islam tersebut.

“Kita bukan tidak suka orangnya, tetapi kita tidak suka sikapnya, itu sahaja. Kalau hari ini beliau (Zahid) kata ingin bekerjasama dengan PAS, kalau sebut pukul 12..pukul 10 lagi kita sudah buka pintu. Kita bincang dan perkukuhkan kembali,” kata Fadhli.

Malah, kata Fadhli, beliau yakin Umno akan menang kerusi dengan lebih banyak jika bekerjasama dengan PAS pada PRU16, berbanding meneruskan kerjasama dengan PH yang diyakini Umno hanya mampu menang dua kerusi sahaja.

“Saya yakin Umno hanya akan mampu menang kerusi Bagan Datuk dan juga Rembau sahaja disebabkan dua kawasan itu telah disokong dengan ekosistem yang ada.

“Jika mereka teruskan kerjasama dengan PH, Umno perlu tahu ramai yang tidak setuju dengan penggabungan itu dan mereka akan mengundi Perikatan Nasional (PN), itu juga yang berlaku dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat