Pendakwaan Penyelewengan RM1 Juta Terhadap Syed Saddiq Bermula Pagi Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Kompleks Mahkamah di sini pada pukul 9 pagi bagi menghadapi prosiding pendakwaan terhadapnya hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu yang memakai bersuit hitam dan berkemeja putih tiba bersama ibu bapanya, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.

Syed Saddiq kemudian dilihat menuju Mahkamah Sesyen Jenayah 9.

Beliau dijangka diwakili peguam terkemuka, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar.

Turut hadir memberi sokongan kepada Syed Saddiq adalah ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh; ahli Parlimen Pantai Dalam, Fahmi Fadzil; Ketua iPejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dab pemimpin PKR, Tian Chua.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan seorang ‘bekas Menteri’ yang juga ahli Parlimen dijangka didakwa berhubung penyelewengan berjumlah lebih RM1 juta wang membabitkan wang peruntukan sebuah parti politik.

Mendedahkan kepada akhbar ini, satu sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, bekas menteri berusia 29 tahun itu dijangka akan berhadapan dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah. – UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat