COVID-19: Pendaftaran Vaksin Kanak-Kanak, Remaja Dibuka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera.

Perkara itu disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) pada Rabu.

Katanya, pada peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara diberikan keutamaan.

“Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi juga menjadi keutamaan untuk mendapatkan vaksin COVID-19,” katanya.

Tular di aplikasi WhatsApp sebelum ini bahawa pendaftaran pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak mula dibuka.

Ia diikuti beberapa langkah untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga membuat pendaftaran terhadap tanggungan mereka.

Artikel asal di Sinar Harian: Pendaftaran vaksin kanak-kanak, remaja dibuka

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,546FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat