Jet Tempur F35 Yg Sepatutnya Milik Turki, Diambil Alih Oleh US

- Advertisement -

WASHINGTON – Setahun selepas spekulasi tentang apa yang akan terjadi pada pesawat F-35 Turki apabila negara itu dikeluarkan dari program jet tempur tersebut tahun lalu, Jabatan Pertahanan Amerika akhirnya memberikan jawapannya pada Isnin malam dengan cara yang disifatkan sebagai antiklimaktik – Tentera Udara A.S. (USAF) sendiri secara rasmi akan membeli lapan jet jenis lepas landas dan pendaratan konvensional F-35A tersebut.

Jet yang pada asalnya dibina oleh Lockheed Martin untuk Turki sebagai sebahagian daripada kontrak bernilai $ 862 juta, secara rasmi dibatalkan dan diambil alih oleh USAF. Perjanjian itu juga mengandungi enam tambahan F-35A yang dibina untuk Tentera Udara dan modifikasi yang akan menjadikan jet Turki tersebut bsesuai dengan konfigurasi USAF.

Turki merancang untuk membeli 100 buah F-35A mengikut program ini, tetapi negara itu dikeluarkan dari program tersebut pada Julai lalu setelah menerima sistem peluru berpandu pertahanan udara S-400 dari Rusia.

Amerika Syarikat telah memberi amaran berulang kali dari kepada Turki lanjutan dari pembelian peluru berpandu berkenaan kerana pada masa sama, F-35 pertama Turki telah keluar dari barisan pengeluaran dan juruterbang serta juruteknik penyelenggaraan mereka sedang berlatih mengenai operasi dan pengendalian jet berkenaan di Pangkalan Tentera Udara Luke, Arizona Dan Pangkalan Tentera Udara Eglin.

Pesawat itu tidak pernah dihantar secara rasmi ke Turki.

Sehingga pengumuman diatas dibuat, nasib jet Turki menjadi persoalan terbuka.

Pada bulan Januari, Defense One melaporkan bahawa 24 pesawat F-35 Turki sedang dalam beberapa tahap produksi, tetapi pembeli senjata Pentagon terkemuka Ellen Lord memberitahu wartawan ketika itu bahawa Washington dan Ankara belum mencapai kesepakatan mengenai apa yang akan terjadi pada penjualan tersebut – Defense News.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat