Isu Perpaduan, Persiapan Hadapi COVID-19 Dibangkitkan Di Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hal berkaitan perpaduan dan kesediaan negara berdepan peningkatan penularan COVID-19 adalah antara perkara yang bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu berkenaan terkandung dalam sesi soal jawab lisan yang akan diajukan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) kepada Menteri Perpaduan Negara berhubung perancangan Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) peringkat kebangsaan yang baharu ditubuhkan dalam menangani isu dan cabaran perpaduan di Malaysia.

Hal-hal yang berkaitan penularan wabak COVID-19 di negara ini turut menjadi tumpuan Ahli Parlimen apabila dua soalan mengenainya tersenarai dalam 10 soalan pertama pada sesi berkenaan.

Soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) memohon penjelasan kerajaan mengenai usaha-usaha yang dibuat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan ibadah yang timbul sepanjang penularan COVID-19.

Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) pula bertanyakan Menteri Kesihatan berhubung perancangan kementerian dalam kesediaan negara menghadapi penularan wabak pada masa akan datang termasuk sekiranya wabak COVID-19 kembali memuncak.

Sidang dewan yang memasuki hari ketujuh hari ini dijadual menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Tumpuan juga dijangka terarah kepada pembentangan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020, Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2019 dan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2019 serta Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat