Guan Eng Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan Isu Skandal Terowong

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk memberi keterangan berhubung projek terowong dasar laut.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, Guan Eng hadir pada jam 1 petang tadi.

“Beliau hadir sebagai saksi berkaitan projek terowong bawah tanah. Beliau akan datang pada jam 1 tengah hari,” katanya.

Terdahulu, beberapa pemimpin kerajaan negeri dan bekas dipanggil untuk diambil keterangan berhubung siasatan SPRM ke atas projek itu.

Awal Julai ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hadir ke ibu pejabat SPRM negeri dan disoal berhubung projek terowong laut tersebut.

Perkembangan itu berlangsung sehari selepas suruhanjaya anti rasuah itu menyoal siasat tiga exco yang lain iaitu Phee Boon Poh, Chong Eng dan Jagdeep Singh Deo 6 Julai lalu termasuk Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang, Prof Dr. P. Ramasamy.

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan kes berkenaan masih berjalan sejak ia dimulakan pada 2017 dan enggan mengulas tentang kemungkinan exco akan ditahan.

Bagaimanapun DAP sambil mendakwa tindakan SPRM itu bermotifkan politik, menyatakan SPRM pernah mengesahkan tiada salah laku dalam kes berkenaan.

Seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang direman empat hari berhubung kes itu namun dibebaskan dengan jaminan RM100,000.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat