Langgar Arahan Kuarantin, Lelaki Didenda RM 32,464

- Advertisement -

UK: Gareth Le Monnier, 37 tahun, sangat terdesak untuk menggunting rambut sehingga dia melanggar peraturan kuarantin wajib dengan mengunjungi sebuah kedai gunting rambut ketika dia tiba di Channel Island of Guernsey.

Lelaki berusia 37 tahun itu, yangvtidak akan dibenarkan keluar dari penjara sehingga dia membayar denda tersebut turut ditegur oleh hakim, yang memberitahunya bahawa memahami peraturan itu “bukan sesukar sains roket.”

Le Monnier telah pergi dari rumahnya di Jersey, ke Channel Chieftan untuk menemui isterinya pada hari Jumaat, 3 Julai, dan dikenakan perintah kuarantin selama 14 hari.

Pegawai kastam memberitahunya semasa dia tiba dari luar negara, bahawa dia terikat di bawah Undang-Undang Darurat untuk mengasingkan diri sehingga tengah malam hari Jumaat 17 Julai.

Tetapi hanya dua hari sebelum tarikh akhir, Mahkamah Majistret Guernsey diberitahu bahawa dia telah mengunjungi sebuah salon untuk potongan rambut yang berharga £ 30 (RM 162), melakukan perjalanan ke sebuah kedai mainan dan mengunjungi sebuah kafe di Waitrose.

Kesalahan itu terbongkar ketika dia tidak berada di rumah ketika pemeriksaan kebajikan dibuat di alamat berdaftarnya pada 16 Julai.

Le Monnier mengaku bersalah atas dua pelanggaran selama dua hari berturut-turut dan dia didenda £ 3,000 (RM 16,234) untuk setiap kesalahan.

Hakim Graeme McKerrell dalam penghakimannya berkata, bahawa tertuduh telah dengan sengaja meletakkan kepentingan dirinya sendiri di atas kepentingan umum yang lebih luas. Hakim juga memerintahkan denda itu harus dibayar sepenuhnya sebelum dia dibebaskan dari tahanan – Daily Mirror

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat