Shafie Apdal Bakal Tumbang Dalam Masa Terdekat?

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Apdal dijangka tumbang sekurang-kurangnya pada minggu ini.

Sebahagian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dijangka akan memberi sokongan terhadap calon dan juga bekas Ketua Menteri Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Tan Sri Musa Aman.

Portal Borneotoday hari ini melaporkan dua individu dipercayai bertindak sebagai ejen kepada pemimpin politik hadir di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Jenifer Lasimbang di Penampang semalam bagi mengemukakan tawaran tertentu untuk melompat parti.

Kedua-dua individu itu dikatakan turut berjumpa dengan ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang yang juga kakak Jenifer bagi memberikan tawaran sama.

Menurut sumber, dua lelaki berkenaan menawarkan jawatan menteri kepada Jenifer bagi pihak ahli politik tertentu sekiranya mereka meninggalkan Warisan.

Dalam masa sama, pintu kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin mula menjadi tumpuan pelbagai pihak.

Berita penuh menyusul.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat