Parti Politik Mahu Jadi Komponen BN Perlu Setia, Jiwai Idealisme Bantu Rakyat – Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mana-mana parti politik yang berminat untuk menjadi komponen Barisan Nasional (BN) perlu mempunyai sikap setia.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti terbabit bukan sahaja perlu memahami perjuangan BN tetapi juga perlu menjiwai idealisme BN iaitu untuk membela rakyat.

Asyraf Wajdi yang juga Ketua Pemuda BN menegaskan, BN tidak seharusnya menjadi tempat kepada mana-mana parti untuk memperoleh kuasa sebagai kerajaan sahaja.

Beliau diminta mengulas mengenai hasrat yang disuarakan oleh kepimpinan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai BN baru-baru ini.

“Yang paling penting siapa sahaja mahu terlibat dalam BN perlu setia, perlu benar-benar memahami dan menjiwai asas-asas dan idealisme perjuangan BN kerana asas perjuangan kami adalah untuk membela rakyat.

“Kalau ada nilai hanya nak merebut kuasa, kerana tamak bahawa BN sahaja boleh menjamin kekuasaan mereka saya rasa mereka harus nilai balik,” kata Asyraf Wajdi.

Sebelum ini Presiden PBM, Larry S’ng berkata, parti itu memberi mandat kepada Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin mengetuai delegasi parti terbabit mengadakan rundingan dengan parti lain termasuk perbincangan membentuk kerjasama politik.

Zuraida yang merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengumumkan keluar daripada parti Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada 26 Mei lalu.

Asyraf Wajdi menjelaskan, persetujuan perlu dicapai oleh empat parti dalam BN iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS dalam menerima parti lain ke dalam BN.

“BN ini satu parti yang ada konsensus siapa sahaja yang mahu masuk ke dalam BN perlu persetujuan daripada keempat-empat parti komponen.

“Jadi saya sebagai Ketua Pemuda Barisan Nasional kita boleh menyuarakan pandangan nanti,” katanya dalam sidang media di Menara Dato’ Onn hari ini.

Bagaimanapun sehingga 11 Jun lalu PBM masih belum menyerahkan surat rasmi untuk menyertai BN. Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat