Jangan Malu Buat Laporan Polis Jika Jadi Mangsa Penipuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mereka yang menjadi mangsa penipuan diminta jangan malu untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata, kadangkala mangsa penipuan malu untuk tampil membuat laporan polis kerana terdiri daripada golongan profesional.

Menurutnya, jangan malu untuk tampil membuat laporan polis supaya pihaknya dapat memberi perhatian terhadap kes itu dan ciri-ciri penipuan terbabit supaya dapat membuat pencegahan.

“Sesi town hall ini adalah kali kedua dibuat, sebelum ini diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan akan diperluaskan ke daerah lain.

“Tujuannya untuk memberi penerangan dan menyebar mengenai penipuan yang kerap terjadi membabitkan kerugian ribuan dan jutaan ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi Town Hall berhubung isu online scammer oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 2, Kepong, di sini, hari ini.

Yahaya berkata, diharapkan dengan penerangan ini masyarakat akan lebih celik mengenai taktik penipuan kerana lebih mencegah daripada terkena. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat