Hishammuddin Sedia Disiasat SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein terbuka memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan namanya terkait dalam kes mahkamah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan menyatakan, tidak mengetahui apa pun berkaitan perkara yang telah disebut di mahkamah baru-baru ini.

“Sekiranya mereka ingin memanggil saya bagi melakukan siasatan, seperti kebiasaan sebelum ini – saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak berkuasa,” katanya dalam ciapan Twitter pada Rabu.

Pada 18 Jun lalu, SPRM memaklumkan akan membuka kertas siasatan terhadap
penama-penama yang dikatakan telah menerima wang seperti disebut oleh saksi dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

SPRM juga mengesahkan telah menerima beberapa aduan terhadap individu-individu terlibat yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan berkenaan.

Siasatan yang akan dijalankan adalah mengikut bidang kuasa yang diperuntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat