Pengarah Ola Bola lakar sejarah di China

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Ola Bola, Chiu Keng Guan sekali lagi melakar sejarah apabila karya terbaharu, On Your Mark mencapai kutipan pecah panggung pada hari pertama ditayangkan di lebih 9,000 pawagam di China.

Mula ditayangkan Jumaat lalu, filem On Your Mark mengutip RM8.7 juta (RMB13.6 juta) pada hari pertama, sekali gus menduduki tangga teratas carta filem terkini di China.

Sehingga semalam, filem On Your Mark mengaut kutipan hampir RM24 juta (RMB37 juta).

Bagi pasaran China, filem berkenaan menggunakan tajuk asal iaitu The Great Dad atau Liao Bu Qi de Lao Ba.

Mengulas kejayaannya, Keng Guan gembira buah tangan terbaharunya itu mendapat sokongan padu pada hari pertama tayangan.

“Sebagai pengkarya filem Malaysia, saya amat gembira filem ini mendapat sambutan padu.

“Saya harap filem ini akan terus berjaya. Saya tidak sabar untuk mempersembahkan filem ini di Malaysia, tidak lama lagi,” katanya.

On Your Mark adalah filem pertama diarahkan Keng Guan di China.

Filem ini diterbitkan atas kerjasama beberapa pihak iaitu Jiangsu Maoyan Culture Media; Wuxi Cangsheng Film dan Tianjin Maoyan Weiying Culture Media.

Turut terbabit, Jiangsu Hao Di Cultural Development; Sports Culture Development Center of the State General Administration of Sports (China Sports Museum) dan Astro Shaw.

Astro Show bertindak sebagai penerbit tunggal di Malaysia dan menguruskan pemasaran serta pengedaran filem berkenaan di negara ini.

 

Filem On Your Mark arahan Chiu Keng Guat kaut kutipan hampir RM24 juta (RMB37 juta) apabila ditayangkan di China sejak Jumaat lalu.
Filem On Your Mark arahan Chiu Keng Guat kaut kutipan hampir RM24 juta (RMB37 juta) apabila ditayangkan di China sejak Jumaat lalu.

 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad gembira dengan kejayaan diraih filem On Your Mark.

“Astro Shaw mengucapkan tahniah kepada Keng Guan atas kejayaan filem On Your Mark di China.

“Kami berbesar hati kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada filem ini,” katanya.

Raja Jastina berkata, pihaknya akan terus komited menyokong bakat tempatan termasuk menyediakan platform untuk mempamerkan karya mereka.

“Kami berharap kejayaan Keng Guan membakar semangat pembikin filem tempatan membawa karya dan industri filem Malaysia ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Filem On Your Mark yang mengangkat hubungan ayah dan anak serta semangat tidak putus asa, bakal ditayangkan di Malaysia, tidak lama lagi.

Filem ini membariskan pelakon hebat China seperti Yanhui Wang; Youhao Zhangt, Beibi Gong; Wenjuan Feng; Junhao Li dan Jinshan Liu.

Kisah berkisar pemuda, Xiao Erdong bercita-cita menjadi pelari maraton seperti ibunya.

Namun, cita-citanya dihalang ayah, Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa. Ayahnya tidak mahu Xiao Erdong kecewa kerana anaknya itu berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang meninggal dunia.

Namun, Xiao Erdong ‘curi-curi’ berlatih tanpa pengetahuan ayahnya. Dalam suatu insiden, Xiao Erdong terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi kenyataan apabila anak tersayang disahkan buta.

Selain Ola Bola, Keng Guan menghasilkan filem The Journey pada 2014 yang mencatat kutipan RM17.28 juta.

Sebuah lagi karyanya, Think Big Big yang dihasilkan pada 2018 ditayangkan di 10,900 pawagam di China dengan lebih 60,000 slot tayangan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat