Kerajaan Sudah Selesai Beli dan Bayar Bekalan Vaksin Covid-19 – PM

- Advertisement -

TANGKAK – Kerajaan sudah selesai membeli dan membayar bekalan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan rakyat di negara ini dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi dalam negara.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telahpun mengarahkan menteri-menteri yang terlibat dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan supaya meminta pembekal vaksin membekalkannya dalam kadar yang lebih cepat.

“Saya telah jelaskan di peringkat nasional untuk kita naikkan (pemberian vaksin) sehingga 400,000 sehari (vaksin). Sekarang ini hampir 250,000 sehari. Jadi ada lagi ruang untuk ditingkatkan dan ini berdasarkan kepada penyampaian atau ‘delivery’ vaksin-vaksin yang telahpun kita tempah. Kesemuanya melebihi daripada jumlah yang kita perlukan untuk seluruh negara.

“Ini (vaksin) bukan kita tak beli, kita dah siap beli, bayar dah, tapi dia (bekalan) tak sampai (lagi) kerana seluruh dunia sekarang ni memerlukan vaksin sebab itu kita telah memastikan bekalan itu mencukupi,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Muafakat Johor Bukit Gambir, di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa PPV juga telah bersedia untuk meningkatkan kapasiti pemberian vaksin, namun tidak dapat berbuat demikian disebabkan jumlah vaksin yang tidak mencukupi. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat