Anak MB Perlis akan didakwa esok berkaitan kes tuntutan palsu – SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar, Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa di dua mahkamah berasingan atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, esok.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, anak Mohd Shukri yang juga pemilik sebuah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis, manakala bekas setiausaha politiknya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Kedua-duanya akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 pada pukul 8 pagi,” katanya kepada Bernama.

Anak kepada Mohd Shukri direman SPRM pada 24 April lepas bersama lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkenaan dan kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 26 April.

Sementara itu, Mohd Shukri turut ditahan SPRM enam hari kemudiannya berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana di negeri Perlis sejak 2022 dan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas lapan jam disiasat. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat