KUALA LUMPUR – Polis digesa menjalankan siasatan sekali gus bertindak dalam kes jenayah derhaka dan sengaja nak hancurkan sistem adat purbakala yang menjadi asas pemerintahan Negeri Sembilan yang terkandung dalam Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan Perlembagaan Negara jadual ke 8 (perkara 71).
Aktivis Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai cheGuBard selaku anak jati Negeri Sembilan telah membuat laporan polis ke atas pengkhianatan dan penderharkaan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Setiausaha Kerajaan Negeri kerana gagal secara sengaja (memberi nasihat salah) memainkan peranan sebagai penasihat kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan berdasar Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
“Laporan ini juga dibuat kerana Menteri Besar Negeri Sembilan kerana secara sedar dan sengaja mengeluarkan kenyataan menipu dengan maksud sengaja derhaka apabila mengeluarkan kenyataan menipu berkenaan persidangan luar biasa Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan pada 17 April lepas.
“Ini juga merujuk kenyataan rasmi ke empat empat Ke bawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato Undang yang diperturun cop mohor pada 20 April 2026 yang menyelar penderhakaan Datuk Seri Aminuddin Harun dengan menyatakan dia hilang kelayakan sebagai Menteri Besar.
“Berdasarkan maklumat Mesyuarat (luar biasa) Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) yang bersidang 17 April 2026 hanya dipanggil (notis) hanya sehari sebelumnya.
“Keanggotaan tetap (korum) DKU ialah 8 orang terdiri dari Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Undang Luak Sungei Ujong, Undang Luak Rembau, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu, Tunku Besar Tampin, Tunku Besar Seri Menanti dan Dato’ Shahbandar Sungei Ujong.
“Kehadiran individu lain seperti MB Negeri Sembilan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pegawai Undang-Undang Negeri Sembilan dan Sahibus Samahah Dato Mufti hanya bertaraf jemputan untuk memberi nasihat jika diminta untuk berbuat demikian,” katanya dalam sidang media pada Rabu.
Menurut cheGuBard lagi, berdasarkan maklumat, mesyuarat tergempar pada jam 10 pagi Jumaat, 17 April 2026, YTM Undang Sg Ujong tidak dijemput dan YTM Undang Jelebu pula tidak dapat hadir kerana notis hanya diterima sehari sebelum hari mesyuarat.
Dakwanya, dimaklumkan juga Mufti tidak dijemput. Manakala YTM Undang Rembau tidak disenaraikan untuk dijemput.
“Ini bermaksud hanya 5 dari 8 korum hadir. Dari maklumat apabila membincangkan pemecatan Undang Sungei Ujong , yang hadir dalam Mesyuarat DKU tersebut iaitu Undang Johol, Tunku Besar Tampin dsn Dato’ Shahbandar tidsk bersetuju.
“Hanya Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan sendiri dan (anakandanya) Tunku Besar Sri Menanti bersetuju.
“Ini bermaksud 3/5 kehadiran korum mesyuarat tidak bersetuju pemecatan YTM Undang Sungei Ujong.
“Maka kenyataan Aminuddin Harun berkait keputusan DKU menipu. Adalah tidak benar DKU menerima pemecatan Undang Sungei Ujong sebulat suara.
“Pembohongan Aminuddin inilah yang memburukkan kenyataan yang membawa keadaan menjadi buruk. Ia satu pengkhianatan dan penderhakaan.
“Laporan ini juga meminta siasatan mengenai kenyataan Balai YTM Undang Luak Sungei Ujong yang mendedahkan kewujutan entiti tidak sah yang bergelar Majlis Dato Dato Lembaga Adat Sungei Ujong dimana antara punca perpecahan. Turut didedahkan entiti tersebut turut mendapat dana dari kerajaan negeri sehingga nilai ratusan ribu Ringgit,” dakwanya.



