Jakim tarik balik produk makanan Indonesia ada DNA babi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengarahkan penarikan balik produk makanan yang dipersijilkan halal di Indonesia yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine).

Ketua Pengarah Jakim Datuk Dr. Sirajudin Suhaimee berkata, sebagai langkah pencegahan awal, Jakim melaksanakan tindakan pemantauan segera bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi menjalankan pemeriksaan menyeluruh kepada produk-produk berkenaan jika dikesan berada di pasaran tempatan.

Sirajudin berkata, pihaknya turut mengarahkan pihak-pihak pengimport yang terlibat segera menghubungi Jakim melalui e-mel [email protected] dan mengambil tindakan penarikan balik produk terbabit dari pasaran Malaysia.

Ujar belaiu, langkah itu adalah sejajar dengan prinsip utama dalam pemeliharaan hak pengguna Muslim serta memastikan integriti sistem pensijilan halal negara sentiasa terpelihara dan diyakini.

“Justeru itu, Jakim menyeru orang ramai untuk turut memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan sekiranya menjumpai produk-produk tersebut di pasaran.

“Aduan boleh dikemukakan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM melalui pautan https://islam.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

“Jakim amat komited dalam memastikan produk yang benar-benar mematuhi piawaian halal dibenarkan berada di pasaran, demi memelihara hak dan kepentingan pengguna Muslim di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, menurut Sirajuddin, Jakim memandang serius pengumuman rasmi oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Republik Indonesia semalam berhubung penarikan balik produk makanan daripada pasaran Indonesia yang didapati mengandungi DNA babi (porcine).

Katanya, Jakim menyokong penuh tindakan tegas dan proaktif pihak berkuasa Indonesia dalam menangani isu pelanggaran pematuhan pensijilan halal serta aspek keselamatan makanan.

Tambah beliau, berdasarkan siaran media rasmi BPJPH, hasil pemantauan bersama BPOM mendapati sebanyak 11 ‘batch’ daripada sembilan produk makanan telah dikesan mengandungi DNA babi (porcine) melalui analisis makmal.

“Daripada jumlah tersebut, sembilan ‘batch’ daripada tujuh produk memiliki sijil halal, manakala dua ‘batch’ daripada dua produk tidak memiliki sijil halal,” katanya.

Media Indonesia memaklumkan sembilan produk yang mengandungi DNA babi berkenaan iaitu Corniche Fluffy Jelly Marshmallow (Marshmallow Aneka Rasa Leci, Jeruk, Stroberi, Anggur); Corniche Marshmallow Rasa Apel Bentuk Teddy (Apple Teddy Marshmallow); ChompChomp Car Mallow (Marshmallow Bentuk Mobil); ChompChomp Flower Mallow (Marshmallow Bentuk Bunga); ChompChomp Marshmallow Bentuk Tabung (Mini Marshmallow); Hakiki Gelatin (Bahan Tambahan Pangan Pembentuk Gel); Larbee – TYL Marshmallow isi Selai Vanila (Vanilla Marsmallow Filling); AAA Marshmallow Rasa Jeruk dan SWEETME Marshmallow Rasa Cokelat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat