Bekas ahli majlis MAIDAM dan isteri didakwa salah guna kuasa, kemuka tuntutan palsu agihan zakat

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas ahli majlis kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersama isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan menyalahguna kuasa dan mengemukakan tuntutan palsu berhubung agihan zakat hampir RM20,000.

Datuk Mohamad Zahari Harun, 64, dan isterinya, Lydia Irmawati Mahmud, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan kesalahan yang didakwa dilakukan antara 2019 hingga 2021, dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Mohamad Zahari didakwa menggunakan kedudukannya dengan mengambil bahagian dalam membuat keputusan melantik syarikat Amcare Agency sebagai ejen kutipan zakat pada Mesyuarat Jawatankuasa Zakat MAIDAM kali keempat 2019, dengan syarikat itu milik isterinya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 September 2019 di Pejabat MAIDAM di sini di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, membabitkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Lydia Irmawati yang juga pemilik syarikat berdepan lapan pertuduhan menipu bagi bayaran balik bahagian fakir miskin kepada MAIDAM berjumlah hampir RM20,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi sama antara Disember 2020 sehingga Disember 2021.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu berdepan hukuman penjara sehigga 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 20 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah membenarkan Mohamad Zahari dan isterinya masing-masing diikat jamin RM7,000 dan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Kedua-dua tertuduh dikenakan syarat tambahan iaitu tidak mengganggu saksi pendakwaan, menyerahkan pasport serta melapor diri di Pejabat SPRM setiap bulan sepanjang prosiding berlangsung.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Yasmin Salleh, manakala tertuduh diwakili peguam, Azrul Zulkifli Stork. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat