Selepas enam hari, 18 Puasa Di Kampung Pisang kutip RM2 juta

Kuala Lumpur: Filem arahan Mamat Khalid, 18 Puasa Di Kampung Pisang mencipta kejayaan baru apabila berjaya mencatat kutipan RM2 juta selepas enam hari tayangan di saluran Astro First.

Jika sebelum ini watak Barboka menjadi bualan penonton, memasuki minggu kedua tayangan, watak baharu yang diperkenalkan dalam francais tersebut, iaitu Tyson 2 lakonan Jaafar Onn turut menambat hati penonton menerusi dialognya ‘Mim Alif Kap Nun = Mati’ dalam salah satu babak filem berkenaan.

Watak itu juga kemunculan semula pelakon senior itu selepas lama tidak muncul dalam filem dan drama. Di laman media sosial, ramai yang berkongsi rasa terkesan dengan mesej yang disampaikan selepas menonton filem komedi penuh mesej itu.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya dan pengarah, Mamat Khalid bersyukur filem itu mendapat sambutan luar biasa.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat barisan pelakon dan kru yang menjayakan 18 Puasa Di Kampong Pisang sehingga menjadi fenomena dan mempunyai simbolik tersendiri yang sinonim dengan bulan Ramadan.

“Selepas ini jika kita sebut nama Barkoba, saya yakin pasti ramai yang terus mengaitkan dengan orang tidak berpuasa dan bulan Ramadan, manakala ‘plastik hitam’ simbolik francais 18 Puasa Di Kampung Pisang. Kejayaan ini diharap dapat menjadi pemangkin dalam industri filem tempatan untuk terus bergerak ke depan walaupun dalam era norma baharu bagi tayangan filem,” katanya dalam satu kenyataan.

18 Puasa Di Kampung Pisang adalah gabungan daripada dua karya Mamat iaitu Kampung Pisang Bersiri-Siri dan 16 & 17 Puasa.

Filem berkenaan mengisahkan mengenai sekumpulan penduduk Kampung Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari di kebunnya, tiba-tiba berlaku satu insiden.

Dia didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Harian Metro

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Langgar SOP: Azwan Ali Minta Kerajaan Bertegas, Gesa Penjarakan Neelofa

KUALA LUMPUR - Pengacara dan selebriti kontroversi, Azwan Ali meminta kerajaan bertindak tegas memenjarakan Neelofa atas kesalahan berulang kerana pelanggaran prosedur operasi standard (SOP)...

Neelofa, keluarga buat hal lagi…

Kuala Lumpur: Selebriti sensasi, Neelofa, 32, terus menjadi perhatian warganet di media sosial apabila tersebar pula video pendek meraikan kemeriahan Aidilfitri baru-baru ini bersama...

Berhimpun Dan Beraya Sakan, Neelofa Sekeluarga Didakwa Langgar SOP Sekali Lagi

Sebagai seorang selebriti, pastinya diri anda dianggap ikon dan tingkah laku anda akan diperhatikan oleh ramai orang. Neelofa, seorang selebriti yang boleh dianggap cukup berpengaruh...