CUEPACS mohon kerajaan beri bantuan khas Aidilfitri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbang pemberian bantuan khas kewangan bersempena Aidilfitri kepada semua penjawat awam dan pesara kerajaan.

Presidennya, Adnan Mat, berkata secara tradisi kerajaan setiap tahun akan memberi sejumlah bantuan khusus untuk penjawat awam dan juga pesara kerajaan bagi membeli barangan keperluan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Beliau berkata, pemberian bantuan kewangan Aidilfitri itu perlu diteruskan sebagai tanda penghargaan kepada semua penjawat awam disamping meringankan beban mereka.

“Pemberian ini juga wajar diberi memandangkan kali terakhir penjawat awam menerima bonus adalah pada 2012 dan selepas itu hanya bantuan khas kewangan sahaja diterima.

“CUEPACS sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengenai perkara ini dan terpulang kepada pertimbangan (Perdana Menteri) untuk meluluskan permintaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Adnan berkata, CUEPACS pada masa sama berharap kerajaan negeri turut memberi bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam yang bertugas di peringkat negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Ketika ini, katanya, hanya kerajaan Johor yang bersetuju memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri itu.

“CUEPACS mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan Johor dan berharap ia diikuti oleh kerajaan Persekutuan dan lain-lain kerajaan negeri,” katanya.

Pada masa sama, Adnan berharap semua pihak berlapang dada dan tidak mempertikaikan jika kerajaan bersetuju memberikan bantuan Aidilfitri kepada penjawat awam.

Kerajaan, katanya, adalah majikan kepada penjawat awam justeru tidak menjadi kesalahan untuk golongan itu meminta bantuan daripada majikan sendiri.

“Daripada aspek lebih luas, pemberian bantuan khas kewangan ini secara tidak langsung turut memberi impak yang positif kepada ekonomi dan rakyat apabila wang tersebut beredar di pasaran.

“Ia pasti dibelanjakan bagi membeli barangan keperluan dan memanfaatkan peniaga kecil, pasar raya besar dan sektor ekonomi yang lain,” katanya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat