Anggaran Potensi Sumber Mineral Negara Bernilai RM4.11 Trilion – Shamsul Annuar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Annuar Nasarah memaklumkan Malaysia mempunyai potensi sumber mineral negara mencecah trilion ringgit jika diuruskan dengan cermat dan sistematik bagi pengeluaran yang optimum.

Menurut Shamsul, kajian tinjauan awal yang dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah menganggarkan nilai sumber mineral negara adalah berjumlah RM4.11 trilion yang merangkumi mineral logam (RM1.03 trilion), mineral bukan logam (RM2.96 trilion) dan mineral tenaga (RM0.12 trilion).

“Walaupun nilai ini masih merupakan anggaran, hakikat yang perlu kita ketahui adalah Malaysia mempunyai sumber mineral yang sangat bernilai dan mampu menjadi sebahagian kepada penyumbang utama kemajuan ekonomi negara.”

Namun dalam masa yang sama Shamsul mengingat semua pihak berkepentingan atau pemegang taruh (stakeholders) industri agar mematuhi Prinsip Kebertanggungjawaban Dan Kemampanan Dalam Pembangunan Industri Mineral yang digariskan melalui Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030

Beliau berkata demikian dalam ucapan majlis Pelancaran Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pagi tadi.

Kerangka ini bertujuan membentuk pelan komprehensif industri mineral negara merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran bagi mengoptimumkan industri sumber asli negara namun dalam masa yang sama memastikan alam sekitar, sistem biodiversiti negara dan kesejahteraan masyarakat setempat terpelihara.

“Oleh yang demikian, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bertanggungjawab memastikan sumber mineral diuruskan secara efisien dan bertanggungjawab. Penekanan terhadap prinsip kebertanggungjawaban dan kemampanan dalam menjalankan aktiviti perlombongan, pengeksplorasian, pemprosesan dan penghasilan produk berasaskan mineral akan dijadikan sebagai agenda utama Kementerian agar ia memberi impak langsung kepada rakyat serta pada masa sama tidak membawa kesan negatif kepada alam sekitar, biodiversiti dan juga hutan.”

Menurut Shamsul, kerangka pelan ini dibangun berasaskan kepada 5 teras utama iaitu merangkumi tadbir urus dan perundangan, pembangunan rantaian nilai industri mineral, pemetaan dan inventori sumber mineral, teknologi dan inovasi serta pembangunan modal insan.

Dalam majlis yang sama satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangai antara Ranhill Berhad dengan Jabatan Mineral dan Geosains bagi mengadakan kerjasama dalam bidang pembangunan industri mineral negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat