Hina Pemaisuri Agong, Ahli Parlimen Pasir Emas Buat Laporan Polis

- Advertisement -

PASIR MAS: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, hari ini, tampil membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook atas nama Fahmi Reza kerana dikatakan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ahmad Fadhli yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS berkata, Fahmi Reza memuat naik satu hantaran yang menghina Raja Permaisuri Agong dengan menulis ‘This is dengki ke?’

“Walaupun tajuknya ringkas, pada saya ia mempunyai niat untuk menghina Raja Permaisuri Agong.

“Sepanjang pemantauan saya terhadap individu bernama Fahmi Reza ini, dia sudah banyak membuat lakaran kartun agak mengusik sensitiviti perkauman dan agama.

“Ini adalah had maksimum dan beliau tidak sepatutnya melakukan sehingga ke tahap menghina institusi beraja seperti ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Fadhli memohon pihak polis membuka kertas siasatan dan mengheret individu berkenaan ke muka pengadilan supaya perbuatan menghina secara keterlaluan itu dapat dielak dan menjadi pengajaran kepada pengguna Facebook lain.

“Tidak boleh mengusik sensitiviti perkauman dan agama, apatah lagi menghina apa yang menjadi tunjang dalam Perlembagaan iaitu institusi beraja.

“Jadi ini satu pengajaran sepatutnya boleh diambil tindakan oleh pihak PDRM dan kalau kita tidak pertahankan, saya kira ini satu perkara sangat memalukan,” katanya.

Menerusi status dimuat naik Fahmi Reza di Facebook, semalam dan dikongsi lebih 700 individu, ramai turut meninggalkan komen mengutuk tindakan individu berkenaan kerana menghina Raja Permaisuri Agong.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat