Bekalan Oksigen Bertahan 72 Jam, Operasi Cari Kapal Selam Indonesia Dipergiat

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) krew kapal selam KRI Nanggala 402 yang dipercayai hilang dan kandas di perairan Bali, terus dipergiat lantaran bekalan oksigen kapal itu dijangka kehabisan pada Sabtu.

Panglima Tentera Laut Indonesia, Laksamana Yudo Margono berkata bekalan oksigen hanya mampu bertahan 72 jam, sekali gus memberi masa kepada pasukan SAR sehingga Sabtu pagi.

“Lebih kurang tiga hari (bekalan oksigen). Kalau hilang kontak pada hari Rabu, jam 3 (pagi), maka ia boleh bertahan sehingga hari Sabtu, pukul 3 pagi, iaitu 72 jam,” kata Yudo dalam sidang media bersama Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto, di Bali.

Pasukan SAR turut menjumpai petunjuk awal seperti kesan tompokan minyak serta salah sebuah kapal SAR mengesan pergerakan di dalam air.

Sementara itu, Prabowo dalam sidang media sama berikrar untuk memperbaharui aset ketenteraan negara itu yang telah diguna pakai secara optimum.

“Saya mahu nyatakan di sini bahawa pengendalian kapal selam amat kompleks, sukar dan bahaya.

“Banyak negara berdepan insiden sama, jika tidak silap saya, Rusia juga. Kita berdoa supaya ia boleh dijumpai dengan segera.

“Pada masa ini oksigen masih mencukupi dan kami optimis dengan mengharapkan pengakhiran yang baik,” katanya.

Selain Malaysia, tujuh negara lain iaitu Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Turki, India dan Australia turut menawarkan bantuan dalam pencarian kapal selam tersebut yang terputus hubungan selepas melakukan latihan penembakan torpedo pada Rabu.

Kedudukan terakhir kapal itu ialah 23 batu di utara Pulau Bali.

Pada 3.46 pagi Rabu, KRI Nanggala melaksanakan penyelaman, kemudian pada 4 pagi bersiap sedia untuk melakukan penembakan torpedo, pada 4.25 pagi selepas arahan kebenaran penembakan diberikan, komunikasi dengan Nanggala telah terputus. – Awani

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

Bersatu Siasat Dakwaan Pemimpin, AJK Bahagian Di Johor Letak Jawatan

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan membuat siasatan dalaman berhubung dakwaan peletakan jawatan beberapa kepimpinan dan ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian...

19 Kematian, 3,551 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia terus mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi angka 3,000 dengan 3,551 kes baharu yang direkodkan pada Khamis. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,...

COVID-19: Suntikan Tambahan Moderna Berkesan Terhadap Varian Afrika Selatan

MODERNA mengesahkan data percubaan awal menunjukkan bahawa dos ketiga meningkatkan imuniti terhadap varian COVID-19 yang dikesan di Brazil dan Afrika Selatan. Dos ketiga itu tidak...