Jangkitan Baru Covid-19 Di Kelantan Atasi Selangor, Sarawak

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebih 2,000 iaitu 2,875 kes mengatasi kes sembuh iaitu 2,541 kes.

Sebanyak 13 kluster dan tujuh kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 22,014 kes berbanding semalam, 21,687 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 248 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 115 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Kelantan menjadi negeri tertinggi merekodkan kes positif iaitu 662 kes diikuti Selangor, 633 kes; Sarawak, 474 kes; Johor, 169 kes; Sabah, 160 kes dan Pulau Pinang, 144 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Kedah, 91 kes; Negeri Sembilan, 55 kes; Perak, 49 kes; Melaka, 42 kes; Pahang, 29 kes; Terengganu, 22 kes; Putrajaya, 10 kes manakala Labuan, tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, tujuh kematian melibatkan enam warga tempatan dan satu warga asing dengan tiga kes di Sabah dan dua kes di Selangor manakala Sarawak dan Kelantan, masing-masing satu kes.

“Kes melibatkan empat lelaki dan tiga wanita termasuk seorang warga asing berusia antara 44 hingga 80 tahun dengan mempunyai pelbagai latar belakang penyakit.

“Antara penyakit dikesan iaitu obesiti, kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, gout, thoracic aneurysm, paru-paru obstruktif kronik, dislipidemia dan tuberkulosis,” katanya.

Mengulas mengenai 13 kluster, beliau berkata, lima kluster tempat kerja, empat kluster komuniti, tiga kluster sekolah/institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan satu kluster keagamaan.

Lima kluster tempat kerja katanya, Kluster Jalan Semtec di Hulu Langat, Selangor, 12 kes; Kluster Jalan Industri Mekanikal di Pontian, Johor, tujuh kes; Kluster Jalan Skin melibatkan Kota Tinggi dan Kulai, Johor, 10 kes serta Kluster Kota Sawit di Kinabatangan, Sabah, 14 kes dan Kluster Jalan Salahuddin melibatkan Kepong dan Lembah Pantai, Kuala Lumpur; Petaling, Hulu Langat dan Gombak, Selangor dan Putrajaya, 10 kes.

“Empat kluster komuniti iaitu Kluster Jalan Raji melibatkan Petaling, Sabak Bernam dan Klang, Selangor, 42 kes; Kluster Sungai Banus di Selangau, Sarawak, 41 kes serta Kluster Jalan Pokok Mangga di Melaka Tengah, Melaka, 19 kes dan Kluster Taman Changkat di Hilir Perak, Perak, 10 kes.

“Tiga kluster sekolah/institusi pendidikan KPM pula iaitu Kluster Jalan Shah Banting di Kuala Langat, Selangor, 58 kes serta Kluster Mengkebang di Kuala Krai, Kelantan, 21 kes dan Kluster Dinamik di Kota Setar, Kedah, 15 kes,” katanya.

Tambahnya, Kluster Kampung Bangkahhulu adalah kluster keagamaan melibatkan Tampin dan Seremban, Negeri Sembilan, 11 kea dikesan positif.

“Bagi kluster yang tamat melibatkan empat kluster iaitu Kluster Putra Satu, Kluster Tapak Bina Jalan Kenangan, Kluster Balakong Satu, dan Kluster Siasai Tamu,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat