PM Lancar Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) yang bertujuan membentuk pelan komprehensif industri mineral negara merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.

Perdana Menteri berharap TIM ini akan menjayakan sasaran kerajaan untuk industri mineral menjana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM29 bilion setahun pada tahun 2030.

Kerangka ini menggariskan 5 teras utama yang merangkumi tadbir urus dan perundangan, pembangunan rantaian nilai industri mineral, inventori, dan pemetaan sumber mineral, teknologi dan inovasi dan pembangunan modal insan.

Teras-teras ini diperkukuhkan dengan penyediaan strategi yang menyeluruh serta disokong oleh perancangan pelan tindakan yang bersifat inklusif, di mana setiap pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, penggiat industri, institusi pengajian m, Badan Bukan Kerjaan dan orang awam akan turut terlibat dalam usaha untuk menggerakkan industri ini ke satu tahap yang lebih maju.

Majlis pelancaran yang diadakan Putrajaya Marriot Hotel turut dihadiri oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Saravanan Murugan, Ketua-Ketua Jabatan/ Agensi dan peneraju industri serta turut disaksikan secara maya oleh Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah menetapkan visi “Sumbangan Signifikan Industri Mineral Kepada Pertumbuhan Ekonomi” sebagai agenda utama yang perlu dicapai dan dipandu melalui misi “Membangunkan Industri Mineral Dalam Keseluruhan Rantaian Nilai Berteraskan Kepada Prinsip Kemampanan”.

Kerangka ini memastikan usaha Kerajaan bukan sahaja tertumpu kepada hasil optimum industri mineral semata-mata, malahan ia turut menekankan prinsip pembangunan secara bertanggungjawab dan mampan agar keseimbangan antara kemajuan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat dapat dicapai.

Sementara itu Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Annuar Nasarah menyatakan adalah menjadi hasrat kementerian untuk memastikan industri mineral negara dibangunkan secara bertanggungjawab dan mampan melalui pengurusan sumber asli secara cekap, seterusnya menjadikan industri mineral sebagai sumber kekayaan baharu negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat