Ranhill Berhad Tandatangan MoU Pembangunan Industri Mineral Negara

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ranhill Berhad dan Malaysian Chamber of Mines (MCOM), hari ini, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Mineral dan Geosains bagi kerjasama dalam bidang pembangunan industri mineral negara.

Majlis menandatangani MoU di hotel Marriot Putrajaya tersebut disaksikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah. Ranhill diwakili oleh Presidennya Tan Sri Hamdan Mohamad.

Shamsul Annuar dalam ucapannya mengalu-alukan kerjasama antara agensi Kerajaan dengan penggiat industri bagi menjadikan industri mineral negara dengan lebih cekap dan berkesan serta mengutamakan soal aspek perlombongan mampan.

MoU ini bertujuan pihak industri mineral mengutamakan prinsip kebertanggungjawaban dalam menjaga kelestarian alam sekitar dan sistem biodiversiti negara ketika melakukan aktivivti eksplorasi, perlombongan, pemprosesan dan penghasilan produk berasaskan mineral.

MoU ini diadakan sempena pelancaran Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) oleh Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin ditempat yang sama sebelumnya.

Perdana Menteri menyatakan kerajaan mensasarkan untuk industri mineral menjana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM29 bilion setahun pada tahun 2030. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat