Jika PKP Disambung, Najib Minta Bantuan Rakyat Ditambah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau amat bimbang dan simpati dengan cabaran yang didepani semua golongan yang hilang pendapatan dalam tempoh hampir satu setengah bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.

“Satu setengah bulan tanpa sebarang pendapatan bukan satu tempoh yang singkat”, kata Najib.

Tetapi kata Pengerusi Majlis Penasihat BN itu, kerajaan memang tak ada pilihan kerana kita perlu melawan pandemik Covid-19 agar ianya tidak meragut lebih ramai nyawa.

“Pakej bantuan Prihatin kerajaan yang dirangka dengan andaian tempoh PKP antara 2 hingga 4 minggu sudah tentu tidak cukup untuk membiayai kelangsungan hidup sebilangan besar rakyat”.

Najib berkata, beliau percaya ramai yang sudah kehabisan wang pada masa ini. “Wang yang diperolehi tempohari bukanlah untuk bersenang-senang tetapi buat membeli makanan untuk disuap pada mulut ahli keluarga. Kita faham hakikat ini”, jelas beliau lagi.

“Saya dapat bayangkan kebimbangan yang dihadapi oleh golongan ini”, tegas Najib lagi.

Nasib golongan ini sentiasa dalam fikiran beliau tiap-tiap hari sejak dua minggu yang lepas, dakwanya.

Apatah lagi jika PKP dilanjutkan lagi?

Justeru kata Najib, “kerajaan perlu menambah bantuan kepada Rakyat jika tempoh PKP perlu dilanjutkan untuk kali ketiga”.

Katanya, “Kerajaan perlu peka dengan derita yang sedang dihadapi oleh golongan yang paling terjejas dan umumkan langkah terbaik untuk rakyat serta permudahkan proses dan mengurangkan birokrasi”.

“Kita jangan kedekut dengan Rakyat pada saat mereka amat memerlukan bantuan dan perhatian dari kerajaan”.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, “golongan B40 dan M40 perlu dibantu dengan pakej lanjutan. Bukan kerana mereka malas atau tidak produktif tetapi hakikat pandemik yang tidak mengizinkan mereka keluar mencari rezeki demi kelangsungan hidup keluarga”.

Najib menegaskan, ianya bukan salah Rakyat. Rakyat akan faham jika kerajaan perlu melanjutkan PKP sekali lagi.

“Tapi ianya akan jadi salah kerajaan jika PKP dilanjutkan buat kali ketiga tanpa bantuan ditambah atau lambat disalurkan”, jelas Najib – FB NajibRazak

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat