Saya Salah, Saya Minta Maaf – Ebit Lew

- Advertisement -

ALOR SETAR – Selepas insiden video tular berkenaan kunjungan Ebit Lew di sebuah rumah di Kedah beberapa hari lalu, pendakwah bebas itu tambil membuat permohonan maaf kepada semua pihak, termasuk beberapa agensi di negeri utara semenanjung itu.

Dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini, Ebit pada awalnya mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang menurutnya telah membantu keluarga Pak Aq selama ini.

Ucapan terima kasih itu juga turut diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) negeri Kedah, serta kejiranan Pak Aq yang telah banyak membantu keluarga daif itu sebelum ini.

“Terima kasih Lembaga Zakat Negeri Kedah yang selama ini membantu keluarga ini dengan memberi bantuan. Terima kasih JKM.

“Terima kasih jiran lama keluarga Pak Aq yang baik banyak membantu mereka. Mereka selalu membantu menghantar makanan dan lain-lain.

“Terima kaseh Pihak Masjid Kariah yang ambil berat hal mereka. Terima kaseh kerajaan negeri Kedah yang membantu mereka selama ini.

Ebit Seterusnya membuat permohonan maaf pada kesemua agensi tersebut, termasuk juga jiran-jiran Pak Aq.

“Saya minta maaf pada semua ya. Mereka semua dah bantu banyak sangat. Setitik sahaja usaha saya berbanding mereka semua.

“Saya urus cuma beberapa orang dah menangis penat. Mereka semua seluruh negeri dan setiap pelusuk negeri sepanjang hayat.

“Saya cuma sikit sangat. Saya pohon janganlah salahkan jiran JKM atau pusat zakat atau mana-mana orang,” katanya di Facebook.

Pak Aq merupakan keluar daif yang dikunjungi oleh Ebit dua hari lepas bagi membantu keluarga tersebut untuk mendapatkan tempat tinggal yang baru dan selesa.

Walau bagaimanapun, video kunjungan tersebut yang menjadi tular setelah dimuatnaik di Facebook, mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pengasas pertubuhan Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Abu Syafiq, mengkritik keras tindakan Ebit Lew tersebut.

Menurutnya, tindakan Ebit memuat naik rakaman dan menunjukkan kehidupan daif Keluarga Pak Aq, merupakan perbuatan yang tidak boleh diterima, kerana mendedahkan aib keluarga Pak Aq kepada khalayak umum.

Seorang pegawai kepada Menteri Besar Kedah juga, turut membidas tindakan Ebit membantu keluarga daif itu.

Menurut pegawai tersebut, Ebit sepatutnya memaklumkan dahulu kepada pihak Mneteri Besar sebelum memberi bantuan kepada keluarga Pak Aq. SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat