Zul Ariffin mohon maaf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon Zul Ariffin menyesal dengan tindakan memuat naik video ‘teaser’ drama bersiri Perempuan Itu di Instagram (IG), baru-baru ini yang dianggap keterlaluan hingga dikecam netizen.

Mengaku apa yang dilakukan suatu kesilapan, Zul atau nama sebenar, Zulkifli Ariffin, 35, memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan perbuatannya itu.

“Dengan hati terbuka, saya ambil maklum atas semua respons daripada banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.

Zul memuat naik entri memohon maaf atas kontroversi klip video babak drama Perempuan Itu yang tular sejak beberapa hari lalu, melalui Instagram Story (IGs), sebentar tadi. Foto IG Zul Ariffin
Zul memuat naik entri memohon maaf atas kontroversi klip video babak drama Perempuan Itu yang tular sejak beberapa hari lalu, melalui Instagram Story (IGs), sebentar tadi. Foto IG Zul Ariffin

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan,” kata aktor itu menerusi entri di IG Story (IGs), sebentar tadi.

Tambah pelakon Sangkar ini, kontroversi itu membuatkan dia lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang perkongsian dalam media sosial pada masa akan datang.

“Selepas ini, saya akan lebih teliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberi kepada saya untuk dipromosikan dalam media sosial,” katanya.

Ini adalah kenyataan pertama dikeluarkan Zul selepas mengambil tindakan mengunci mulut berikutan insiden yang menarik perhatian ramai itu berlaku.

Kontroversi tercetus apabila pelakon utama drama Perempuan Itu, Zul Ariffin memuat naik video yang memaparkan dia melakonkan babak agak sensual berganding dengan heroin drama itu, Siti Hariesa di Instagram (IG).

Dalam babak itu, Zul dilihat membuka baju sebelum mendukung pelakon baharu itu.

Turut dipaparkan adalah adegan menyuap krim putar antara kedua-dua pelakon itu. Aktor itu kemudian bertindak memadam entri berkenaan selepas dikecam netizen.

Selain Zul dan Siti Hariesa, drama 30 episod ini dibintangi Mimi Lana, Eman Manan, Amar Asyraf, Amir Ahnaf, Erysha Emirates dan Iqbal Zulkefli.

Drama Perempuan Itu mendapat sentuhan dua sutradara iaitu Isma Yusof dan Ain Sharif.

Berita Harian

Previous article
Next article
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat