Ikut acuan sendiri

- Advertisement -

KREDIBILITI Nad Zainal dalam melakonkan apa saja watak tidak perlu dipertikaikan.

Dari awal kemunculan dalam bidang lakonan, Nad berjaya meyakinkan pemain industri dia mampu menghidupkan setiap watak diberikan berdasarkan mutu lakonan dipersembahkan.

Nad, 32, atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin dilihat begitu cemerlang dalam membangunkan karakter hingga penonton mampu terbuai dan terbawa-bawa emosi.

Selepas kemunculannya dalam drama Takdir Yang Tertulis menjadi fenomena, terbaharu Nad bakal menghantui hari penonton menerusi watak Kirana bagi drama Dendam Seorang Isteri juga adaptasi karya asal popular Korea Selatan, Temptation of Wife.

Berbicara lanjut mengenai wataknya dalam drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu, Nad berkata, dia ‘beruntung’ kerana sememangnya mengikuti drama karya asal itu.

“Saya peminat nombor satu drama itu, tetapi versi Filipina. Kalau nak cakap mengenai rujukan watak Kirana, saya sebenarnya melakonkan watak terbabit mengikut acuan sendiri.

“Saya mendapat inspirasi daripada versi terdahulu yang dijayakan ramai pelakon hebat, namun untuk saya sebagai pelakon, setiap watak yang diterjemahkan, memiliki ‘twist’ tersendiri, harus hadir dari dalam diri, termasuklah sebagai Kirana,” katanya.

Menurut Nad, watak wanita pemusnah kebahagiaan orang dalam drama itu, bukan antagonistik atau jahat.

Nad beranggapan ada alasan mengapa seorang wanita sanggup bertindak sedemikian sehingga tega meruntuhkan rumah tangga adik sendiri.

“Setiap orang ada sejarah hidup. Barangkali, cara kita dibesarkan atau keadaan sekeliling membuatkan kita menjadi seorang pendendam.

“Bukan bermaksud saya menyokong tindakan atau pendekatan watak fiksyen Kirana, namun secara realiti, apa yang ditonjolkan wujud dalam kehidupan seharian.

“Kalau masa kecil kehidupan kita dikelilingi dengan perihal bersifat sengsara, sudah tentu diri terbentuk menjadi seorang yang bersifat negatif apabila besar. Itulah yang terjadi kepada Kirana dan saya tak anggap wataknya jahat atau antagonistik,” katanya.

Dendam Seorang Isteri arahan Uchee Fukada dan Nizam Zakaria mula bersiaran sejak 21 Mac setiap Isnin hingga Jumaat menerusi slot Tiara Astro Prima.

Drama itu turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Fasha Sandha, Wan Raja, Aidit Noh, Roy Azman, Ziema Din dan Dian P Ramlee.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat