Polis Rampas 983 Kiligram Dadah Diseludup Dari Thailand Melalui Kelantan

- Advertisement -

SHAH ALAM – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman merampas dadah seberat 983 kilogram (kg) termasuk syabu diseludup dari Thailand masuk ke Lembah Klang melalui Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, rampasan bernilai RM35.4 juta dibuat dalam serbuan pukul 9.15 malam di Kajang, Rabu lalu.

“Dalam serbuan di sebuah rumah itu polis memberkas tiga lelaki tempatan berumur 37 hingga 42 tahun,” kata beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.
.
Menurut beliau, pemeriksaan di rumah tersebut menemui 26 guni plastik mengandungi 650 bungkusan plastik berisi dadah dianggarkan seberat 673.2 kilogram.

“Polis turut membuat pemeriksaan ke atas sebuah lori diletakkan di hadapan rumah itu dan menjumpai 12 guni plastik berisi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 309.85kg.

Kata beliau, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 4.915 juta penagih.

Abdul Hamid memberitahu, dua suspek yang ditahan itu bertindak sebagai pengangkut, manakala seorang lagi pemilik rumah terbabit.

“Ketiga-tiga suspek positif dadah dan ada pelbagai rekod jenayah membabitkan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Bagi menangani masalah dadah, Abdul Hamid meminta kerajaan membuat penambahan perjawatan untuk diserapkan di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di seluruh negara.

“Setakat ini, kita memerlukan kira-kira 15,000 perjawatan bagi mengekang sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang boleh mengancam negara.

“Kita tahu, mungkin jumlah ini agak besar, tetapi, untuk permulaan, sebanyak 2,500 untuk segera diturunkan kepada pasukan-pasukan di bawah JSJN,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, bagi tempoh Januari hingga Februari, pihaknya menahan 19,352 individu atas pelbagai kesalahan dadah.

Menurutnya, JSJN pula merampas lebih 70kg pelbagai dadah dan 9,752.46 liter cecair dadah.

“Keseluruhan dadah dirampas bernilai RM245.22 juta dan tindakan diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutanhak Harta) 1988.

“Kita menyita aset sebanyak RM38.16 juta dan sehingga kini sebanyak 56 sindiket berjaya ditumpaskan dengan seramai 217 orang yang terlibat diberkas JSJN di seluruh negara,” ujarnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat