‘Nyawa’ buat PKS

- Advertisement -

DANA tambahan kemudahan pembiayaan mikro kredit sebanyak RM500 juta yang disediakan kerajaan dilihat dapat memberi sedikit ‘nyawa’ kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk bangkit semula.

Pensyarah Keusahawanan dan Inovasi Pusat Insan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Noor Azuan Hashim berkata, dana menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) itu sekurang-kurang dapat membantu lebih banyak PKS dan usahawan mikro menjalankan operasi seperti biasa dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka.

Katanya, pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan banyak PKS terpaksa mengecilkan perniagaan sedia ada, malah ada yang menutup operasi.

“Seperti pakej rangsangan yang terdahulu, dijangkakan penambahan pembiayaan yang akan dilaksanakan kerajaan ini bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan PKS dan usahawan mikro, bahkan merangsang ekonomi negara serta membantu kerajaan memendekkan ekonomi suram yang dihadapi ketika ini.

“Bagi PKS dan usahawan mikro, inisiatif kerajaan ini perlu dirai dan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu mereka berdaya saing semula serta lebih bersedia dengan pelbagai cabaran akan datang,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, dana tambahan ini juga tepat pada masanya dalam membantu PKS dan usahawan mikro kerana golongan ini bukan sahaja berada di bandar besar, tetapi juga di pekan kecil dan seluruh pelusuk negara.

Beliau berkata, kelompok ini bukan sahaja meliputi pasaran khusus, bahkan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Malah, kewujudan PKS dan usahawan mikro memberi peluang kepada perniagaan yang tidak mampu diterokai syarikat besar.

“Justeru, disarankan usahawan yang ingin memohon bantuan dapat menghasilkan pelan perniagaan mereka dengan baik dan teratur supaya agensi kewangan yang memberi dana memahami perniagaan usahawan terbabit serta situasi yang dihadapi supaya dana yang diberikan benar-benar boleh membantu PKS,” katanya.

_harianmetro_

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat