Keputusan Gugur Kes di Bawah Peguam Negara, SPRM beritahu Anwar

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata bahawa keputusan untuk menggugurkan kes ahli politik tertentu di negara ini dibuat oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka hari ini.

Memetik Malaysiakini, menurut Anwar, Azam memaklumkan perkara itu ketika dia membangkitkan mengenai insiden ketika itu, di mana beberapa ahli Parlimen didakwa tetapi beberapa yang lain terlepas dari pendakwaan termasuk semasa era Pakatan Harapan (PH).

“Saya kata (kepada Azam) walaupun masa tu dalam PH, ada kes di mana ahli parlimen didakwa menerima wang dikatakan dari 1MDB.

“..maka ketika itu beberapa ahli parlimen dan bekas ahli Parlimen UMNO didakwa (berhubung kes itu) dan (bagaimanapun) orang yang (didakwa) menerima wang yang melompat ke Bersatu ketika itu dilepaskan.

“Dan saya kata tak boleh pertahan, ini menjadi rahsia umum. Kes sama, fakta sama, yang kekal pembangkang (ketika itu) didakwa, yang ‘lompat’ dilepaskan.

“SPRM menjelaskan, mereka tidak terlibat dalam melepaskan sesiapa. Ini, kata mereka adalah wewenang budi bicara AGC atau peguam negara pada ketika itu,” katanya.

Anwar bercakap dengan wartawan di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya awal hari ini setelah menemui Azam selama kira-kira satu jam.

“Jadi, peguam negara dulu dan sekarang perlu jawab,” tambahnya.

Untuk rekod, Peguam Negara ketika pentadbiran PH selama 22 bulan adalah Tan Sri Tommy Thomas, sementara peguam negara ketika ini adalah Tan Sri Idrus Harun.

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Zionis Israel tak bertamadun serang menjelang Aidilfitri – Nazir

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Titiwangsa menyeru seluruh umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia perlu bersatu hati mengecam kekejaman zionis ini...

MB Pahang sumbang RM5,000 Bantu Pesakit SLE

RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000 kepada adik Norashikin Azizan yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus...

Khaled Nordin gesa ‘lockdown’ penuh di seluruh negara

CYBERJAYA: Kerajaan digesa melaksanakan sekatan penuh (lockdown) di negara ini bagi mengekang penularan Covid-19, memandangkan kes kian meningkat. Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed...