Anggota Polis, Petugas Ambulans Cedera Dilanggar Pemandu Mabuk

PETALING JAYA – Petugas ambulans dan anggota polis yang sedang memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan cedera dilanggar pemandu mabuk dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Ampang, semalam.

Dalam kejadian 12.40 tengah malam itu, kedua-dua petugas terbabit sedang memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohammed Farouk Eshak berkata, ketika anggota polis berkenaan sedang mengawal lalulintas, sebuah Mercedes Benz bergesel dengan sebuah Proton Saga menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan melanggar kereta peronda polis.

“Ketika kejadian, kereta peronda polis berada di lorong kanan kerana sedang memberikan bantuan kecemasan kepada penunggang motosikal yang kemalangan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Farouk berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di lorong paling kanan dari arah Ampang menghala ke Gombak.

Katanya, pelanggaran itu mengakibatkan kereta peronda polis menggelongsor ke hadapan dan melanggar ambulans dan sebuah motosikal anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya.

“Akibatnya seorang anggota BSPT, seorang petugas ambulans serta seorang penunggang motosikal cedera dan dikejarkan ke Hospital Ampang bagi menerima rawatan.

“Ujian alkohol ke atas pemandu Mercedes mendapati ia melebihi paras dibenarkan, namun ujian saringan air kencing mendapati negatif penggunaan dadah,” katanya.

Katanya, pemandu berusia 48 tahun itu kemudian ditahan dan direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Farouk berkata, polis turut memohon saksi bebas yang melihat kejadian untuk membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya, Nurul Faizah Ismail di talian 019 2863481. – FMT

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Polis Panggil Suami Bekas Gabenor BNM Berkaitan Kes Dana 1MDB

PETALING JAYA - Tawfiq Ayman, suami kepada bekas gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Akhtar Aziz, dilaporkan memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)...

Penghantar Makanan Grab Maut Dihempap Pokok Tumbang

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat dan ribut petir di Taman Len Seng, Cheras, di sini...

PKP Di Sandakan Bermula Esok, Tawau Dilanjutkan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di daerah Sandakan, Sabah berkuat kuasa 17 hingga 30 April ini, manakala PKP di daerah...