Peruntukan RM10 Juta Bantuan Khas Kewangan Jika Ada Kesan Sampingan Vaksin – Dr Adham Baba

PUTRAJAYA – Kerajaan memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM10 juta bagi bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 untuk rakyat Malaysia dan warga asing yang mendapat kesan sampingan serius setelah menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bantuan khas itu dibahagi kepada dua kategori iaitu bantuan khas RM50,000 sekiranya berlaku kesan sampingan serius sehingga memerlukan rawatan berpanjangan di hospital dan RM500,000 jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan oleh vaksin COVID-19.

Beliau ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata dana permulaan itu adalah di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi tujuan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19.

“Bantuan khas ini adalah langkah proaktif kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin COVID-19,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, di sini hari ini.

Bantuan khas itu juga diharapkan dapat membantu menampung keperluan penerima vaksin dan keluarga yang berkemungkinan terjejas kesan daripada pengambilan vaksin, katanya.

Dr Adham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Farmakovigilans Khas bagi Pemantauan Vaksin COVID-19, Jawatankuasa Teknikal Perubatan dan Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 untuk menilai kesan sampingan.

Katanya, Jawatankuasa Farmakovigilans Khas bagi Pemantauan Vaksin COVID-19 akan memantau dan menilai kesan mudarat susulan imunisasi serta isu keselamatan berkaitan vaksin, manakala Jawatankuasa Teknikal Perubatan terdiri daripada pakar perubatan pula adalah bagi menentukan sama ada kes permohonan bantuan khas kewangan mempunyai hubung kait (causal relationship) dengan vaksin COVID-19.

“Penilaian akan dibuat mengikut kes berdasarkan bukti yang diterima dan laporan Jawatankuasa Farmakovigilans Khas bagi Pemantauan Vaksin COVID-19,” katanya.

Satu lagi jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 pula berperanan meluluskan bantuan khas kewangan berdasarkan keputusan kedua-dua jawatankuasa tersebut, katanya.

“Ketiga-tiga jawatankuasa bertindak serentak dan bantuan khas akan diberikan kepada penerima terkesan selepas dinilai yang mana urusan pembayaran dibuat oleh Nadma,” katanya.

Sementara itu, Dr Adham berkata 20 jenis kesan sampingan dilaporkan menerusi aplikasi MySejahtera dan pusat pemerhatian di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sehingga 18 Mac lepas antaranya pening, sesak nafas, loya, muntah, berdebar-debar, gatal, kebas, ruam dan sesak dada.

Beliau berkata individu yang menghadapi ketidakselesaan pada dada perlu dibawa ke hospital untuk pemerhatian lanjut dan tidak dibenarkan keluar sementara menunggu untuk suntikan dos kedua selepas 21 hari.

Selain itu, Dr Adham menjelaskan antara kesan sampingan normal selepas suntikan vaksin adalah sakit di tempat suntikan iaitu 80 peratus, keletihan dan kelesuan (60), sakit kepala (50) dan bengkak di tempat suntikan (10).

“Setakat hari ini tiada perkara luar biasa berlaku di Malaysia kerana vaksin COVID-19 dan kesan sampingan ringan yang dilaporkan tidak membimbangkan,” katanya. – Bernama

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Zionis Israel tak bertamadun serang menjelang Aidilfitri – Nazir

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Titiwangsa menyeru seluruh umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia perlu bersatu hati mengecam kekejaman zionis ini...

MB Pahang sumbang RM5,000 Bantu Pesakit SLE

RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000 kepada adik Norashikin Azizan yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus...

Khaled Nordin gesa ‘lockdown’ penuh di seluruh negara

CYBERJAYA: Kerajaan digesa melaksanakan sekatan penuh (lockdown) di negara ini bagi mengekang penularan Covid-19, memandangkan kes kian meningkat. Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed...